Tuesday, January 21, 2014
KEPUTIHAN????
Apa itu KEPUTIHAN wanita?
Apabila disebut sahaja keputihan, kebanyakan orang perempuan memang tahu apa bendanya. Penyakit keputihan ni adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Tapi apabila kuantiti keputihan yang keluar terlalu banyak, maka di situlah timbulnya masalah yang mana menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Malah boleh sebabkan jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat.
Keputihan ini sebenarnya adalah protein yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan. Protein keputihan ini amat digemari oleh kulat dan bakteria. Keputihan yang keluar melalui kemaluan yang begitu tersorok dan sangat lembap memudahkan kulat dan bakteria tumbuh di situ yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius. Bertambah serius lah gatalnya bile makan udang, ketam, sotong atau kerang.
Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya boleh mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini juge mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Ibarat kalau badan demam atau gigi sakit, kepala pun sakit kan.
Apakah ciri-ciri keputihan yang tidak normal?
√ Keluar cairan yang berlebihan.
√ Pekat & berbau busuk.
√ Berwarna kuning hingga kehijaun.
√ Menyebabkan rasa gatal di sekita vagina.
√ Rasa panas pada vagina.
Implikasi Keputihan
Pada kebiasaannya, lendir dikeluarkan daripada faraj tidak berbau, jernih dan tidak gatal. Jika keadaan sebaliknya berlaku, keputihan juga boleh menandakan penyakit pada faraj dan sistem peranakan.
Dalam keadaan itu, lazimnya lendir terhasil berwarna putih pekat seperti bernanah, busuk dan sering gatal pada sekeliling faraj.
Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan dan coklat bercampur darah juga tanda perlu diawasi kerana ada kemungkinan jangkitan kuman berlaku seperti jangkitan kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi dan gardneralla dan bacterial vaginosis.
Setiap satu jangkitan masing-masing mempunyai tanda berbeza dan bau tertentu, antara rasa gatal pada kawasan sulit, keputihan berbau, tidak selesa bersama suami dan perlu mengenakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendir dan radang pada kemaluan.
Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat bertujuan melindungi faraj daripada kemasukan atau serangan kulat dan kuman.
Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat hingga mengakibatkan pengeluaran cecair putih kekuningan dan berbau masam. Bau tidak menyenangkan juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh pada bahagian kemaluan.
Biarpun masalah lendir itu tidak memberi kesan pada kesuburan wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau hingga mengurangkan keinginan hubungan intim.
Sehubungan itu, radang pada kawasan sulit juga membuatkan pasangan terasa sakit dan tidak selesa ketika bersama. Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin menular, tapi masalah itu boleh mengakibatkan kesan jangkitan pada suami termasuk kesakitan ketika hendak membuang air kecil dan sebagainya.
>>>Ingin mengetahui samada masalah keputihan anda normal atau tidak?
>>>Ingin mengetahui cara-cara merawat masalah keputihan dengan berkesan?
Sila WHATSAPP/SMS NADIA 01121309209 untuk khidmat nasihat. Saya bersedia membantu anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment